Fill what's empty. Empty what's full. Scratch where it itches.

Fill what's empty. Empty what's full. Scratch where it itches.

Thursday, June 16, 2011

NORA ELENA full download





Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz).

Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.

Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth.
Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?

Nora Elena EP01 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP02 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP03 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP04 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP05 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP06 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP07 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP08 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP09 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP10 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP11 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP12 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP13 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP14 – Mediafire | Fileserve | Usaupload | Fileserve MKV

Nora Elena EP15 – Mediafire | Fileserve | Usaupload | Fileserve MKV

Nora Elena EP16 – Mediafire | Fileserve | Usaupload | Fileserve MKV

Nora Elena EP17 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP18 – Mediafire | Fileserve | Usaupload

Nora Elena EP19 – Mediafire | Fileserve | Usaupload | Fileserve MKV

Nora Elena EP20 – Mediafire | Fileserve | Usaupload | Fileserve MKV

Nora Elena EP21 - Hotfile | Mediafire HQ | Mediafire LQ

Nora Elena EP22 - Direct Link LQ I Mediafire LQ

Nora Elena EP23 - Direct Link I Mediafire LQ I Mediafire HQ

Nora Elena EP24 (Final) - Mediafire LQ

jom download ramai2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BACA NOVEL KASIH YANG SUCI DISINI!

Tuesday, June 14, 2011

Watch The.Roommate.2011.BRRip.Xvid-Noir.avi

Watch The.Roommate.2011.BRRip.Xvid-Noir.avi

MEMASANG GOOGLE TRANSLATOR


Pemasangan widget Translator atau"Penterjemah" pada blog amat perlu. Translator ini berguna apabila blog kita dikunjungi secara tidak sengaja dari oleh pengunjung dari negara lain yang melihat blog kita dan tidak tahu bahasa kita ,maka mereka boleh menggunakan widget ini untuk menterjemahkannya kedalam bahasa yang mereka inginkan.Berikut adalah cara untuk memasukkan translator pada laman blog

1. Login ke Blogger kemudian pilih menu Layout
2. Kemudian klik pada Add Gadget
3. pilih HTML/Javascript
4. Kemudian masukkan script berikut ini kedalamnya.





5.Kemudian save.

Membuat text area


Text area adalah ruangan bagi kita memasukkan kod html,javascript dan lain lain teks agar mudah bagi pengunjung menyalin dan nampak lebih kemas dan tersusun posting kita Untuk   membuat text area copy text dibawah ini:

Text area biasa:



Hasilnya:


Cols="20" bermaksud lebar ruangan
Rows="6" bermaksud tinggi text area
untuk mengubah saiz nombor tadi perlu lah diedit mengikut kemahuan kita.

Kotak text area dengan butang Highlight all.


Untuk text area begini pengunjung cuma perlu tekan butang Hightlight all dan copy untuk menyalin kod dalam text area tadi .


Hasilnya:

Mengetahui jumlah pengunjung

Bagi yang mempunyai blog atau website tentunya ingin mengetahui jumah pengunjung yang sedang online. Ada beberapa tools tambahan (widget) yang boleh kita gunakan.
Berikut adalah beberapa website yang menyediakan widget khusus untuk memaparkan jumlah “user online” dengan berbagai bentuk yang menarik .

1. whos.amung.us
statistik blog











Kelebihan bagi widget ini adalah paparan pengunjung yang online secara real time dan juga dapat melihat apakah artikel yang sedang dilihat pengunjung serta negara asal web kita.Tidak memerlukan pendaftaran cuma salin kod yang disediakan pada blog atau web kita.
 
2. radarurl.com
radar
Widget ini lebih kurang sama dengan Whos.among.us, Widget adalah setara dengan Whos. Among. US Cubalah dengan mendaftar di radarurl.com kemudian copy dan paste code html yang ada di halaman depan tersebut.

3.whosread.com

whosread
Widget ini amat mudah karena tidak perlu menyalin kod javascript di web kita.Tapi kekurangan widget ini ialah tidak realtime, perlu di refresh untuk melihat pengunjung yang baru datang.

Membuat Kotak Shout Box


Kotak shoutbox adalah suatu kotak yang berfungsi untuk memasukkan pesanan, namun boleh juga berfungsi sebagai tempat sembang (chatting). Biasanya Shoutbox dimasukkan kedalam halaman web/blog dengan bahasa java Script. Kita boleh mendapatkan shoutbox dari Shoutmix . Caranya adalah sebagai berikut :
shoutbox

1. Buka web Shoutmix  dan daftar di web tersebut,
2. Setelah pendaftaran anda perlu memilih jenis shoutbox yang disediakan, Pilih jenis yang dikehendakki dan klik continue.
3. Klik link Go to My Control Panel Now
4. Masukkan setting shoutbox anda, misalnya Style & Color, Date & Time, dan lain-lain.
5. Jika sudah selesai klik menu Get Codes
6. Jika anda hendak meletakkan shoutbox di blog pilihlah "Place Shoutbox on Webpage"
7. Masuk kan lebar dan tinggi shoutbox di kolom width dan height
8. Kemudian salin kod yang ada di dalam kotak "generated Codes"
9. Login ke blogger.com dan pilih Design kemudian Add Page Elements
11. Tambahkan element HTML/Javascript.
12. salin kod yang telah anda copy dari shoutbox.com tadi di kotak "Content" dan simpan.

Mendapatkan kembali post yang didelete


Blogger ada menyediakan undelete this blog untuk mendapatkan kembali blog yang sudah didelete.Bagaimana pula kalau kita hendak mendapatkan kembali post yang telah dipadam.

Berikut adalah beberapa cara untuk mendapatkan kembali post yang telah dipadam:

Cara pertama

Dapat kan salinan cache dari web dan masukkan kembali post dari cache

Taipkan pada search cache:http://namabloganda.blogspot.com/

Cara kedua:

Cara ini sesuai jika anda masih bekerja dengan komputer dimana anda membuat post tersebut.Tekan butang Ctlr+H untuk membuka senarai history pada sidebar.Dapatkan bahagian dimana anda telah mengedit post dan terus mengedit atau publish post(ataupun copy dan paste dari cache yang memaparkan post) .
history

Sunday, June 12, 2011

Luahan Hati Seorang Insan Bernama Jimmy Shanley

luahan hati jimmy shanley

INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”